 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Adeline's FotoPage
 By: adeline lin
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 19-Aug-2009 11:47 |
Email | Share | Bookmark |
|
PENANTIAN SATU PENYEKSAAN
|
|
Halloooo....bertemu lagi dikesempatan yang ada ne. Ne pun sambil-sambil curi masa update fp ne dgn layan Aryan.
Dikesempatan yang ada ne la aku boleh citer sikit detik-detik kenangan manis yang pertama kali ku lalui dalam hidupku bersama suami tercinta.
Jumaat, 31hb Julai 2009 - Sebok sikit kat ofis waktu pagi ne. agak letih melayan kerenah org2 yg tak tau buat kerja. smua pass kasi aku. bengkek btul aku.
2.00 ptg baru aku sedar bahwa waktu untuk aku melahirkan semakin hampir kerana sudah ada tanda-tanda awal. Dan tiba-tiba rasa semangat aku untuk melahirkan bertukar menjadi takut.. huhuuuu bukan apa, ni adalah pengalaman pertama. tak tau macammana jadinya nanti.
Atas nasihat kakak aku, aku mantain tak direct gi hospital dulu. katanya tunggu sakit datang 5 minit. So aku pun mantain untuk habiskan kerja aku sampai pukul 5 ptg.
8.00 malam sakit sudah mulai terasa ketika ini. selang 5 minit mesti sakitnya datang tp aku masih boleh bertahan. sekalipun boleh bertahan sakitnya,, namun mata aku tak dapat nak dilelapkan. Sambil mengusap perut ini, aku berkata kepada babyku..."Ibu tak sabar menunggu kelahiranmu sayang.."
Sabtu, 01hb Ogos 2009 - 5.00 pagi adalah waktu kemuncak sakit yang tak boleh kutahan lagi. Lalu kukejut hubby yang sedang lena tidurnya...
5.30 pagi kami bergerak ke hospital setelah minta restu dan maaf dari mak yang melahirkan aku satu masa dulu. (huk...tibe2 sebak plak dada aku neh)...
Perjalanan tak berapa jauh dari rumah aku. Kira-kira dalam 20 minit dari rumah ke hospital.
Setiba dihospital, namaku didaftarkan dan aku segera diperiksa. Hmm...bukaan baru 2cm. Aku perlu tunggu lama lagi untuk detik itu. Sakitnya perut ini hanya Allah Taala saja yang mengetahui. Setelah doktor berbincng antara doktor, aku disuruh pulang kerumah kerana prosedur hospital, hanya bukaan 3cm saja dibenarkan masuk ke wad sambil menanti masa melahirkan.
8.30 pagi aku sampai dirumah. Hanya baring berehat sambil menahan sakit yg dtg 5 minit. Kadang-kadang rasa mcm tak sanggup menahan sakit.
Ahad, 02hb Ogos 2009 - 12.30 tengah malam...rasa sakit yang amat dan tak sanggup ku tahan lagi. mula2 sakit kat bahagian perut, tp smakin lama sakitnya menangkap kebahagian belakang pulak. aku ambil keputusan untuk kehospital semula dan bila sampai dah di check, bukaan masih 2cm. aku macam tak percaya kerana sakitnya semakin sakit. tak tergambar dgn kata-kata...Akhirnya aku dimasukkan kewad. doktor cakap esok pagi klu bukaan dah 3cm, terus masuk labour room. Aduh.......kena tunggu lagi 8 jam. PENANTIAN SATU PENYIKSAAN!!!!!!!!!!!!........
Selama 8 jam dalam wad tak der makna untuk aku lelapkan mata. Masa-masa kulalui dgn menahan kesakitan. kadang-kadang sampai satu tahap kesakitan tu rasa macam nak panggil nurse tolonglah cepatkan proses ne. tak sanggup rasanya.
7.00 pagi - doktor dtg untuk check bukaan. Alhamdulillah, dah buka 4cm. Lega sikit aku dengar. Atas arahan doktor, aku perlu bersiap untuk dimasukkan ke labour room. Salin baju yang dah disediakan, makan sarapan dgn cukup untuk beri tenaga tp tak der makne aku boleh makan. tgh sakit2 mcm ne lalu plak tekak aku nak makan. plak tu masak mee hoon pun tak sedap. klu sedap confirm aku pakse masuk dlm tekak aku neh. huhuhuuuu....
8.00 pagi air ketuban dipecahkan. Jangkaan bersalin pada jam 12.00 hingga 1 tghari. Mak ai....sabo jer la aku dgr. mau tunggu lagi 5 ke 6 jam. bila air ketuban dipecahkan, sakitnya lagi la terasa walaupun telah disuntik dgn ubat penahan sakit.
Ya Allah.....engkau la yang maha berkuasa. hanya padamu aku serahkan segalanya kini. Suami sentiasa berada disebelahku memberi semangat kepadaku untuk meneruskan perjuangan yang entah menang atau kalah. Setiap minit dan saat yang kulalui penuh bermakna. Mungkin nurse pun tak tahan dgn suara aku yg mengerang kesakitan lalu air dimasukkan dlm badanku. selang setengah jam, masuk ubat plak. Kesakitan yang amat ini jugak memaksa doktor memberiku bantuan oksigen kerana dikhuatiri aku hilang tenaga bila sampai masa nanti.
12.30 tengah hari, telah sampai masa yang dinanti. sekumpulan jururawat masuk untuk membantu proses kelahiran anakku. Suami masih setia memberi semangat padaku. Tak dapat aku bayangkan kalau suami aku tak ada disisi aku. Sekalipun dia tak dapat membantu mengurangkan kesakitan tp dengan adanya disisi aku dapat berkongsi dan sama merasa kesakitan yang aku lalui. Terima kasih untuk suamiku tercinta. Untuk bebrapa minit aku berjuang untuk mengeluarkan anakku dan akhirnya semuanya selamat kulalui dan tepat 12.48 tengah hari, seorang bayi lelaki seberat 2.91 kg telah selamat lahir dari kandunganku yang selama 38 minggu ku kandungkan.
Tak tertahan sebak didada. Airmata aku dan suami mengalir tanda kesyukuran. Bayi di azan dan di iqamatkan oleh suamiku yang baru bergelar seorang bapa.
Ya Allah, kami bersyukur dengan anugerah darimu Ya Allah.
Terima kasih kepada doktor-doktor yang telah merawatku.
Terima kasih kepada jururawat-jururawat yang telah membantu sepanjang aku berada dihospital.
Terima kasih kepada suami tercinta. Segala pengorbananmu akan kukenang hingga kehujung nyawaku. Tanpamu aku tak berdaya melalui semua ini.
Terima kasih kepada mak atas restu dan doamu mak.
Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan keselamatan ku.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|