Want your
own Fotopage?






 
Adeline's FotoPage

By: adeline lin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-Feb-2009 05:46 Email | Share | | Bookmark
ANNUAL DINNER 2009

Annual Dinner kecil-kecilan jer....
dengar kan mcm buat kat hotel maner jer kan...padahal kat Restoran je. Tp bukan restoren biasee... restoran luar biase sikit neh....
Ade la 8 jenis makanan yang dihidangkan tp aku dapat snap beberapa gambo jer dan jugak dapat makan beberapa makanan jer kerana perutku yang tak dapat nak isi lagi... mau aku pakse terkeluar balik nanti neh. heheheeee....
Layan ler pic makanan yang....yang...heheheeeee.... janji HALAL!!!!!!


Menu Wajib ne... Shark Fish Soup.... Aku makan 2 mangkuk kecik... Hubby aku....2 sudu jer telan...


Ikan masak steam... perghhh... ikan ne sedap giler... Member aku cakap..ikan ne adalah ikan yang paling mahal.... sedap tuh.....


kire cakap mcm salad la ne... tp aku suke giler kat decoratin dia... leh cakap ngan hubby aku...boleh bukak bisness decorate makan damai pengantin neh.. uhuhuuuu..... ciplak...ciplak..


pandangan atas....


Pandangan sisi...apa pandang-pandang... makan jer laaaa!!!!!


Yang ne....macam tumbuhan dalam laut la... sikit jer aku makan.. tak leh masuk tekak aku neh...


Abalone....tau tak????... ntah, tak tau nak explain... heheheeeee

lor....dah abis dah.... mcm aku snap byk hari tuh... eheheeee...aku snap eh.... tak der la. sebenarnya..pic-pic ne aku import dari org jer... heheee.....

AMBOIII UDANG TUHHH
TINGGGIII MCM NAK MLOMPAT JERK
KE UDANG TU TENGAH WAT TARIAN SINGA
WAHAHAHAHAAAA
Fri 20-Feb-2009 15:45
Posted by:DEN LA >>> RINNA  - [Link]
OOOOO NI LE YG KO P MAKAN
KAT RESTORAN SEBELAH PETRONAS TU YE DIK
WAHAHAHAHA BESTNYERRRR DIKKK MENUNYERRR
Fri 20-Feb-2009 15:48
Posted by:DEN LA >>> RINNA  - [Link]
uwaaaa...trigt lak time 1st annual dinner..
ikan n udang tu cam nmpk sodap je...
Fri 27-Mar-2009 06:25
Posted by:azie azie_ana89@yahoo.com.my
View all 4 comments Add comment


Friday, 13-Feb-2009 05:47 Email | Share | | Bookmark
AKU DAN DIA....

Aku Dan Dia???
Tak der ape-ape laa...
Entryku kali ini adalah untuk menceritakan pengalaman pertama ku bila mendapat tahu keptusan ujian urine ku adalah positif.....Entryku kali ini juga adalah khas kutujukan buat memberku Zai yang nak sangat ler tau cite awal2 aku peknen nee.... hehheeee....
Sebenarnya ini bukan pengalamnku kali pertama. Ekchelly selama setahun aku berkahwin, kali ini baru la aku sah mengandung. Sebenarnya dah dua kali kandunganku tak menjadi. Memanglah sedih kan. Tapi nak buat macam mana, dah kehendak Allah Taala.
Bila saja masuk kali ketiga ne, period ku dapati lambat seperti biasa. Namun aku menahankan diri ku untuk berjumpa doktor untuk mengesahkan bahawa adakah aku peknen atau tak.
Pada masa yang sama ujian sendiri aku ade buat jugak dan keputusannya positif seperti biasa.
Tapi kali aku take time sikit untuk berjumpa doktor. Mana lah tau, tiba-tiba jer aku ter period kan...
Pada 25 Dec 2008, kunjungan pertamaku di Klinik Rosiyati untuk buat checkup. Alhamdulillah, ketika itu usia kandunganku mencecah 7 minggu. Tapi dalam masa yang sama hatiku gundah gulana. Takut kejadian-kejadian lepas berlaku lagi.
Sesuatu yang agak menyedikan aku telah berlaku pada 05 Jan 2009 yang lalu apabila aku mengunjungi sebuah klinik ditempat aku untuk menjalanis ujian ultrasound. Pada mulanya doktor mengesahkan bahawa kandungan aku sudah mencecah 11 minggu tapi yang amat menyentap hati aku apabila doktor menyatakan bahawa kandungan aku tidak aktif dan degupan jantung babyku juga tak nampak.
Apalah perasaan anda semua kalau dapat tau hal mcm tu... Sedih, risau. Macam-macam perasaan aku masa tuh. Doktor tu cakap datang lagi minggu depan untuk mengesahkan kandungan ku selamat atau tidak. Kalau tak, kandunganku mungkin perlu digugurkan.
Uwaaaaaaaaaa sedih sioooot!!!!!!!!!!!
Dua hari selepas tu, aku pergi semula ke klinik kali pertama aku pergi dulu (klinik Rosiyati). Ujian ultrasound dilakukan sekali lagi dan apa yang melegakan aku sikit apabila doktor cakap kandunganku sebenarnya masih 8 ke 9 minggu. Bukan 11 minggu. Masih kecil untuk melihat denyutan jantung dan pergerakan babyku...
Alhamdulillah Ya Allah.. Doktor menyuruh aku dtg pada hujung bulan 1 untuk pengesahan lagi kerana pada waktu itu kandungan ku mungkin telah masuk 11 minggu dan baby sudah nampak.
3 minggu yang penuh penyiksaan. Mana taknya...mcm tunggu 3 tahun tu. Tak sabar aku. Doa jer la hari2 harap semuanya selamat.
28 Jan 2009 - Dengan penuh rasa kesabaran dan redha, aku mengunjungi klinik Rosiyati lagi seperti yang telah dijanjikan. Ujian ultrasound dilakukan lagi. ALhamdulillah... Betapa gembiranya aku bila kali pertama melihat pergerakan anak aku didalam ini.... Kali pertama doktor tunjuk kan aku kepala, tangan dan kaki... Kali pertamanya aku melihat degupan jantung anak ku sedang berdenyut...
Kau Maha Berkuasa Ya Allah....
Doktot menasihatkan aku supaya jangan berfikir lagi. Semuanya selamat. Dan apa yang aku fikir masa tu...macam nak saman jer klinik yang pandai2 tuh... Tak tau cakap la tak tau.... EEE...
Dan kini, usia kandungan ku mencecah 3 bulan lebih... Alhamdulillah. Doakanlah semoga semuanya selamat...
Apa???? Alahan???!!!!
Hanya Allah yang Tahu.... Nasi langsung aku tak boleh masuk masa awal2 peknen tu. Malam hanya makan 1 senduk jer. Kdg2 habis, kdg2 tak habis. Pagi2 jgn cakap ar. Smpai skrg aku kena morning sickness. Tak semua boleh masuk dalam tekak aku.asyik rasa nak muntah jer. Tapi Alhamdulillah, aku tak muntah. just rasa loya-loya jer.
Heheheee yang betnye...aku jadi makin malas skrg ne... Buat keje umah pun malas. Tp tu awal2 la. SKrg ne mcm dah ok sikit. Mak aku cakap sikit hilanglah.....
Tu lah pengalaman aku... Hmmm mcm-mcm rasa aku dah lalui... Sekarang harap hari-hariku mendatang akan rasa lebih kegembiraan...
Minggu depan nak buat kad dah... Heheheeee......

Di bawah ne....adalah pic member fp aku yang ber jer sersalin semalam.... 12/02/2009 - 6.20PM telah mengubah statusnya kepada Ibu....
Tahniah buat kawan ku Izwana Ismail...
http://izwana.fotopages.com
Hari ni aku menyempatkan diri untuk pergi melawatnya kat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Comel mcm ibu ayah dia..... berat 3.3 kgs.



Ini lah permats Izwana dan Faiz - ARISSA QAISARA......(kalau tak salah la ejaan tu...)


Auntie lin pun nak pozz jugak.......

salam kenal...

Tahniah.... semoga bb & mummy dia sihat... aminnn...
Thu 19-Feb-2009 00:49
Posted by:iezah azizam  - [Link]
DIK, BILO NAK APDET HAAA

LAMO AKAK NUNGGU NIH

WAHAHAHAAA
Thu 19-Feb-2009 05:32
Posted by:RINNA (duta ulu bendul)  - [Link]
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tanga
Thu 2-Apr-2009 07:28
Posted by:azie azie_ana89@yahoo.com.my  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Tuesday, 10-Feb-2009 08:42 Email | Share | | Bookmark
MAKAN MALAM

Bersempena setahun usia perkahwinan kami, maka kami telah mengambil keputusan untuk pergi makan malam kat Perkampungan Snibong.... Malas lah nak gi jauh-jauh. Dekat-dekat dah ler. Tapi pon best gak sebab kat tepi pantai....eh..tepi laut..... Dari tempat makan tu leh nampak Singapore...
Sikit jer gambar yang disnap kerana kelaparan yang tidak mengizinkan. heheheeeee.......
Hadiah????.... Heheheeeeee...... Biarlah rahsiaaaaaa... Uhuhuhuuuuu....


Jus Tembikai ngan Air Kelapa Muda


Siakap Tiga Rasa. Emmm.........tak berapa sedap la.


Kailan Ikan Masin. Yang ne habis dulu...


Ketam Masak Cili. Fuuuhhhhh.... Pedas!!!!!!!!!!!

Ada lagi, Sotong Goreng Tepung. Tak sempat nak snap... dah licin. Heheheeeee....
Hmmm aku bagi 5/10 jer kat tempat aku makan ne. Nak kata sedap sangat tu x jugak. Nak kata tak sedap pun tak jugak. Tapi yang penting....1st and last aku makan kat tempat nee... heheheeee....

Lupa plak nk ucapkan tahniah...semoga mama n bb sihat sentiasa k.. Thu 12-Feb-2009 05:45
Posted by:*Fateen*  - [Link]
RE:OOO DUE BULAN 8 ERK..TERUK KE KE ALAH LIN???CITER ARR CIKIT..SAAT KO NAK TAHU KO ADER BB TU HA...
JB..... JGN KO SEBUT HA..DEN TGH SEDIH NIE....ADER KA ADEK ZAI NAK BUAT GAK 31 MAY NANTI DAH LER DEN NIE BERSALIN 11MAY..DEN DLM PANTANG TU HA..MELEPAS DEN NAK G JB DAN JUMPA KO...KENDURI UMAH DEN 31MAY KAT KOTA TINGGI 6JUN...
DEN KAT UMAH JE ARR....TAK TAHU PLAK KOTA TINGGI TU KAT NER NANTI DEN RISIK2 KAT ADEK DEN TU ..
Thu 12-Feb-2009 08:52
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
>>assalamualaikum..
>>hepi anibeseri... semoga kekal selama2nya..
>>tengok ketamtu cam best..
>>cam tak best jer sebab sebut 1st & last..
Fri 13-Feb-2009 02:01
Posted by:cho zila  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 9-Feb-2009 06:43 Email | Share | | Bookmark
SATU HARI DALAM SEJARAH - 09 FEB 2009

Pada tarikh ini, maka genap la usia perkahwinanku setahun bersama suamiku tercinta, Mohd. Shahrulhisyam bin Salcowi.Hanya doa dan harapan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau panjangkan lah jodoh kami, panjangkan lah umur kami,
Bahagiakan lah kami hingga ke akhir hayat,
Murahkan rezeki kami, datangkan lah rezeki kami dari rezeki yang halal.
Jauhkan lah kami dari segala apa yang boleh memisahkan,
Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah.
Tabahkan dan kuatkan lah hati dan diri kami menempuh segala ujian dan dugaan dari-Mu Ya Allah.
Amin Ya Rabbal Alamin.........













Dan dari berkat doa dan kesabaran kami...maka kami telah di anugerahkan oleh Allah Taala seorang bayi yang sedang ku kandungkan kini. Alhamdulillah, sejuta rasa kesyukuran padamu Illahi. Usia kandungan ku kini berusia 3 bulan lebih. Inilah hadiah paling bermakna buatku.

Ya Allah,
Kupohon padamu,
Selamatkan lah anak didalam kandunganku ini,
Sempurnakan lah sifat kejadiannya Ya Allah,
Elok kan la rupa dan perangainya.
Semoga anak ku ini akan menjadi anak yang beriman pada-Mu,
Akan menjadi anak yang soleh dan solehah,
Akan menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga anak ku ini akan menjadi seorang anak yang taat kepada perintah-Mu, Taat kepada kedua orang tuanya...
Semoga anak ku ini akan menjadi anak yang cerdik, pintar dan rajin.
Berikan hamba-Mu ini kekuatan selama aku mengandungkannya dan selama mana aku membesarkannya Ya Allah...
Amin...Ya Rabbal Alamin.........


(Sekadar gambaran)

WOW..LIN TAHNIAH2.....DPT GAK KO BB ERK..SAMA PLAK KITA ERK ELOK 1ST ANIVERSARY BARU NAK LEKAT HA...ZAI DAH 27 WEEKS NIE..DUE KO BILA LIN?? Wed 11-Feb-2009 09:44
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Monday, 9-Feb-2009 05:05 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN ANAK SAUDARA - DECEMBER 2008

Yang nee tak banyak la gambar yg diambil. gambar masa berinai jer. nikah ngan hari besarnya...tak dapek den nak nolong.... sumber2 gambarnya dah delete gambar tu...
sikit pun jadi laaaaa....


Pening tak?? harap2 tak peninig la yer...


semua tu anak-anak buahku yang dah beso-beso belakeee.......


gambo aku ngan hubby ler...ngan sister in law akuu...



tengok anak-anak sedare aku tu kan...teringat masa dorang kecik-kecik dulu... rasa macam nak ketil2, nak cubit2 jer dorang tu dulu. degil, memekak... sekarang dah beso panjang dah... lagi beso dari cik lin ngan cik syam die.... suke aku tgk....

tu la pasai...dah besor da...de yg dah hbis skola da..hai....rindu lak zaman kcik2...
xpe2 skg nak tggu geng spupu bru je ni..hehehehe...
baby gurl ke baby boy la ekh....
Fri 27-Mar-2009 06:13
Posted by:azie azie_ana89@yahoo.com.my
tu la pasai...dah besor da...de yg dah hbis skola da..hai....rindu lak zaman kcik2...
xpe2 skg nak tggu geng spupu bru je ni..hehehehe...
baby gurl ke baby boy la ekh....
Fri 27-Mar-2009 06:14
Posted by:azie azie_ana89@yahoo.com.my
Add comment


Monday, 9-Feb-2009 03:16 Email | Share | | Bookmark
Jason Bay / Teluk Mahkota, Tanjung Sedili, Johor.

Sebenarnya bukan gi picnic pon. Kitorang gi beraya umah sedara kat Tanjung Sedili, Kota Tinggi ne. Kebetulan umah nye dekat kat pantai....

Wah.....bahaya kalau mandi2 nee.. Ombak punya la kuat. Angin jgn cakap ar. Sampai nak terbang tudung aku....


Anak saper laaa tertonggeng tu....




Care to comment?


Monday, 9-Feb-2009 02:54 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya....

Masa apdet foto-foto ne kan...rasa macam nak gelak sendri pon ade... mana tak nyer...dah Thaipussam baru nak apdet foto hari raya.... heheheeeeeeee....
tak per la kan......

Foto-foto ne semua adalah foto sehari sebelum raya dan masa perjalananku mengunjungi rumah sanak saudara dan adik beradik ku...... Layannnnzzzzz.....


Buat ketupat la Cik Lin........ Tolong laaaa.....


Jap lagi rebus plak....


Abang iparku mengcontrolkan diri....


Lupe plak namanya ape nee... heheheeee


Tahun pertama raya bergelar isteri... Ampun dan maaf suamiku.....








Bersama mak...dan kakak-kakak aku daaa....

cam knal je pic umah yg ke-7,8 & 9.... Fri 27-Mar-2009 06:33
Posted by:azie azie_ana89@yahoo.com.my
Add comment


Monday, 9-Feb-2009 02:36 Email | Share | | Bookmark
Kini Ku Kembali...... Ahaks....

Assalamualaikum Semua....
Ceh, poyo jer kan kini ku kembali... Ahahahaaaa....
Mintak maaf la kat semua kerana berkurun lamanya aku menyepikan diri dari mengapdet fotopags ku ini.
Betul laaa....ade sarang labah2, sarang tebuan, sarang burung, sarang-sarung.... heheheeee....
Maafkanlah daku kerana masalah-masalah kecil dan besar dan masalah kesihatan yang tak dapat ku elakkan..........
Mungkin dah ketinggalan zaman foto-foto yang bakal ku apdet tp tak ape lah.... janji ada......
Rindu kat Zai, Kak RIna adek shafiq dan lain-lain yang sering meringankan jari menjenguk fp ku yang tak seberapa ini. terima kasih................

Ini adalah foto kuyang paling latest di snap oleh hubby ku..... Heheheeeee....makin berisi muka aku kan... nampak tembam jer........ Masa ni adalah pada cuti Tahun Bari Cina yang telah berlalu beberapa hari lepas. Waaa seminggu company aku keje ne cuti... Pe lagi, jalan-jalan cari makan la gamaknye tuh.... per-per pun.... layannnnnnzzzzz.......







Gambar-gambar kat bawah ne disnap masa percutian ku di Kuala Lumpur... Heheheee sorry Zai, memang tak dapat nak jumpe sebab ko telah berangkat pulang ke negeri mu.....

Kat Jusco Keramat AU. Baru buka Jusco nee....


Still kat jusco lagi. Ade plak skuad era avanza... Possing la jap...


Kat KLCC, tengok wayang......

Dah...tak der lagi dah...
Ada masa, akan ku apdet gambar-gambar yang lepas-lepas yang belum ku updet yeeee......

TU ARR LIN..INGAT NAK JUMPA KO SEKALI HA....ABIS TAKDER REZEKI..TAKPE NANTI KITA JUMPA DGN BB MASING2 NO..MERIAH ARR CIKIT... Wed 11-Feb-2009 09:49
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Tuesday, 23-Sep-2008 06:17 Email | Share | | Bookmark
Shopping Kuih Raye Plak...

Haa....semalam sempat lagi aku ngan mak n hubby gi Plaza Angsana. Mak aku ler nak gi shopping kuih raye plak....
Rambang mata kami tengok kuih-kuih tu.
Shopping...punya shopping...punya shopping.... dekat 2 ratus gak habis.. heheheheeee....
Bak kate hubby aku, setahun sekali jerk... yooo la tuh......
Meh layan pic meh.....










Pas ne dah tak shopping lagi dah... Hehehe

Terima Kasih kat fateen cos sudi kasi kad raye wat aku.


HYE DIK

LAMO TAK APDET
Wed 7-Jan-2009 06:45
Posted by:FAZARINA(rinna chikungunya) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
WINDUNYE NAK NENGOK GAMBO TEBARU DIO

HEHEHEHHE
Wed 7-Jan-2009 06:47
Posted by:FAZARINA(rinna chikungunya) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
RE:TU ARR KALAU KO ADER KAT KL TIME 26JAN HINGGA 30JAN TU KO MSG ARR ZAI ERK..NAK SGT JUMPA KO.. Thu 8-Jan-2009 14:59
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Saturday, 20-Sep-2008 01:20 Email | Share | | Bookmark
Thank you Mummy Zai!!!!



Award ne adalah dari kawan fotopages ku yang paling rajin dan paling selalu jadi 1st komentor... Hang tak yah nak copps - copps ler zai. kompem hang 1st punyer.... Hhehehee

Rezeki buat zai ne cos dia dah pragnent pas stahun kawin. ALhamdulillah....

Sila-sila lah ke fp dia yang gempak gituu..... http://zbintim.fotopages.com
Kompem tak boring punye......

Untuk Zai, selamat hari raya yer. Maaf salah dan silap. Take care sekarang nee. jangan bawak barang yg berat-berat sang. kalau kamera hang tu pun berat, jangan angkat. hang amek cuti 9 bulan 10 hari no.... Pastu kompem member2 fp datang umah hang carik hang....





Mummy Zai ne kompem menanti kunjungan anda......

THANKS KO LIN BUATKAN ENTRY KHAS KAT ZAI....

NASIB KO TAK CAKAP KALAU CAMERA BERAT KO PAS JER KAT AKU....

APAPUN SELAMAT BERHARI RAYA NANTI....BILA KO NAK MAI PENANG HA????
Sat 20-Sep-2008 02:35
Posted by:Zai kuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
akak ghaye pertama kat pontian, nanti dtglah bertandang ke rumah yea... Mon 22-Sep-2008 04:18
Posted by:*Fateen*  - [Link]
BILO LAK DEN NAK JADIK KOMENTAR PERTAMO NIH

KEH KEH KEH
Mon 22-Sep-2008 13:05
Posted by:FazaRina(riNna) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.